Wednesday, August 19, 2009

H1N1 : Situasi semasa Bah1

Documented pandemics have occurred at intervals of 10 to 50 years since the 16th century including three in the last century.1 The most devastating of the last three, the 1918 "Spanish Influenza", caused the death of an estimated 20 to 40 million people. The current widespread circulation of highly pathogenic influenza A (H5N1) virus in poultry and its occasional transmission to humans have raised concern that the world is moving closer to the next pandemic. While it is uncertain whether this particular virus will ever acquire the capacity for sustained human-to-human transmission, scientists agree that it is inevitable that another pandemic with an influenza virus will occur. The Severe Acute Respiratory Syndrome (SARS) that emerged in 2002 and 2003 affected 26 countries in less than five months and showed how fast an epidemic with a new pathogen can spread in modern society with air travel. This event also demonstrated the impact a public health crisis can have on a global economy. (WHO,Apr 2009).

Daripada artikel di atas, terbukti Influenza A telah melanda dunia pada suatu masa yang lama dahulu dan telah drekodkan.Malaysia tidak terlepas daripada serangan tersebut. Antara yang terawal ialah SARS yang melanda Malaysia sekitar 2003 dengan mencatat 2 kematian. (SARS Outbreak in Malaysia, 2006). Selepas itu, Malysia dilanda pula dengan Influenza A (H5N1) atau lebih dikenali dengan selsema burung pada Ogos 2004 sehingga diisyhtiharkan bebas pada 5 Jun 2006.(Bernama 2006). Yang terbaru melanda Malaysia pada tahun 2009 ialah Influenza A (H1N1) atau lebih dikenali sebagai selsema babi. Penularan wabak ini meningkat kerana jangkitan melibatkan antara manusia. Tambahan pula jangkitan adalah melalui udara. Sehingga 6 Ogos 2009, kes yang dicatatkan ialah 1,492 kes (MOH 2009).

Artikel ini sebenarnya ditulis selepas membaca wawancara wartawan Kosmo dengan Tan Sri Dr. Mohd Ismail Merican( Rabu, 19 Ogos 2009, m/s 11). Apa yang akan dirungkaikan hanyalah pendapat peribadi selaku pelajar tahun akhir Kesihatan dan Keselamatan Persekitaran. Apa yang ingin dinyatakan adalah mengenai beberapa fakta yang menjadi persoalan pada saya. Saya coretkan di bawah salah satu soalan dan jawapan dari wawancara tersebut dibawah.

Kosmo : Sejauh manakah seriusnya wabak H1N1 di negara kita sekarang?
Mohd Ismail : Berdasarkan data-data yang diperolehi dari negara-negara yang yang terjejas dengan wabak ini, dianggarkan 20 hingga 30 peratus penduduk sesebuah negara akan dijangkiti, atau 20 hingga 30 orang bagi setiap 100 penduduk. Ketika ini bilangan mereka yasng disahkan dijangkiti H1N1 masih rendah iaitu 1,000 bagi setiap 100,000 penduduk atau 1 bagi setiap 100 penduduk.

Jika sekali pun benar apa yang diperkatakan di atas, perlukag kita menunggu 20-30 peratus rakyat Malaysia dijangkiti dan tindakan yang lebih serius akan diambil?? Saya ingin membawa anda melihat keadaan Malaysia dari sudut antarabangsa. Saya ingin membuat sedikit statistik secara kasar dari data antarabangsa dan bandingkan dengan kes di Malaysia. Data yang diambil adalah pada 6 Ogos 2009.

Jumlah kes seluruh dunia (WHO, 2009)= 177, 457 kes
Anggaran jumlah populasi dunia (GeoHive, 2009) = 6, 800, 000, 000 orang

Kadar kes = Jumlah kes seluruh dunia/ Anggaran jumlah populasi dunia
= 177, 457 / 6, 800, 000, 000
= 0.00002

Anggaran jumlah populasi Malaysia (GeoHive, 2009) = 25, 700, 000 orang


Jumlah kes di Malaysia berdasarkan kadar kes dunia

=kadar kes dunia x anggaran populasi Malaysia
= 0.00002 x 25, 700, 000
= 340 kes

Jumlah kes di sebenar Malaysia (MOH) = 1, 494 kes


Mungkin data di atas boleh dikatakan tidak tepat kerana terdapat anggaran data bagi populasi. Saya cuba pula kaedah kedua iaitu kadar kes kematian bagi setiap kes yang dilaporkan.


Jumlah kematian seluruh dunia (WHO) = 1, 462 kematian
Jumlah kes seluruh dunia (WHO) = 177, 457 kes


Kadar kematian dari kes seluruh dunia
= jumlah kematian seluruh dunia / Jumlah kes seluruh dunia
= 1, 462 / 177, 457
= 0.008


Jumlah kes Malaysia (MOH) = 1, 494 kes


Dan sekarang saya ingin bandingkan kadar kematian seluruh dunia dengan kes di Malaysia.
Kadar kematiann di Malaysia
= Kadar kematian dari kes seluruh dunia x Jumlah kes Malaysia
= 0.008 x 1, 494
= 11 kematian


Jumlah kematian sebenar Malaysia (MOH)= 14 kematian

Terdapat beberapa isu lagi dalam wawancara itu yang ingin dikupaskan. Di sini juga saya dapat melihat terdapat kekurangan dalam kaedah membasmi wabak ini. Dimana kekurangannya dan bagaimana penyelesaiannya akan dikupas dalam artikel berikutnya. Dalam artikel akan datang, saya akan membandingkan pelan tindakan yang disasarkan oleh WHO dan sejauh mana Malaysia mengaplikasikan saranan ini. Apa yang dibincangkan setakat ini harap dapat membuka mata kita dalam bersama mencegah penularan wabak ini dari pandangan ahli akademik.

2 comments:

Miss F said...

salam faizal.. igt aku lg? hehe

Faizal Malek said...

igt... bg la comment aq tulis panjang2 nie....